Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 4 December 2011

KALUNG SIFIR


Menghafal sifir adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh murid. Pelbagai cara boleh kita lakukan. saya mengunakan KALUNG SIFIR bagi memastikan murid menghafal sifir..Kalung ini memberikan hasil yang agak baik apabila anak murid saya berjaya menghafal sifir kerana tidak mahu memakainya....he he he tau takut!



Inilah KALUNG SIFIR yang  digeruni oleh anak murid saya.



Mesti ingin tahu bagaimana perlaksanaannya. Sebelum tanya saya ,saya jawab dulu...

KALUNG SIFIR.


Siapa yang akan dikalungkan? 
 Murid  yang tidak dapat menjawab sifir di dalam kelas akan memakaianya.

Selama mana kena memakainya?
 Sepanjang hari.

Kena pakai di mana, di dalam kelas sahajakah?
Dimana- mana berada, di kantin , di perpustakaan dan juga Di Tandas(ingatkan murid menjaga kalung dengan selamat)

Apa akan Berlaku?
Guru yang terjumpa murid memakai KALUNG SIFIR ini akan menyoal sifir kepada mereka?

Apa Kesannya?
Murid akan berusaha  menghafal sifir agar tidak memakai kalung ini.

Bila Pulangkan kalung ini?
Sebelum tamat persekolah pada hari itu.Carilah cikgu sampai jumpa.




                         KALUNG SIFIR yang dipakai oleh murid- murid dari kelas 3 Mawar......
                      

p/s: Ini bukan murid yang kena denda pakai KALUNG SIFIR, hanya menjadi model untuk blog ini sahaja. ( Terima kasih anak didikku)



Pada awalnya saya ingat murid tidak sukakan kaedah ini, tetapi sebaliknya, mereka sangat teruja untuk melihat siapa yang kena pakai kalung ini, belum saya masuk mengajar ke dalam kelas, mereka telah sibuk bertanya "Cikgu, hari ni, cikgu tanya sifir tak kat kelas kami, ada tak bawa KALUNG SIFIR hari ni. saya dah bersedia ni."Wah! Berkesan rupanya...

0 comments:

Post a Comment